Kisah mereka 3

28 April 2011  at 11:07 PM
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Terima kasih aku ucapkan kerana sudi membaca kisah ini. Sebelum-sebelumni aku dah ceritakan pada kamu semua kisah beberapa orang murid Pendidikan Khas dalam kisah mereka  dan kisah mereka 2. Mereka cukup istimewa bagi aku, mereka adalah dunia aku, semasa bersama mereka mampu membuat aku ketawa semasa menangis dan riang semasa duka. Sekadar untuk berkongsi, mana tau boleh dijadikan pengajaran.
Hari ini dalam kisah mereka aku nak cerita kisah lagi sorang murid aku. Bila aku mendengar kisah dan latar belakang Mai, aku berasa amat simpati, Mai mengalami masalah lambat belajar(slow learner) dan masalah emosi. menurut cikgu-cikgu sinior Mai dulunya boleh bercakap, pandai membaca dan mengira dari kawan-kawan sekelas dia yang lain. Mai cukup bertuah, walaupun dia ada kekurangan namun Mai mempunyai seorang ayah yang cukup penyayang, apa yang Mai nak semua ayah bagi. betapa kasihnya seorang bapa kepada si anak. Namun segalanya berubah, takdir penentu segalanya, tuhan lebih sayangkan ayah Mai. Ayah Mai telah pergi untuk selama-lamanya, meninggalkan Mai dan keluarga.

Sejak dari itu Mai berubah, apabila berada di sekolah tak sepatah perkataan pun dituturkanya, dah hampir setahun ayah Mai pergi Mai tetap macamtu tak ada perubahan, diam, diam dan terus membisu. Mungkin Mai tak dapat nak terima pemergian ayah. Mai kena terima semua tu, itu takdir tuhan. Setiap kali cikgu masuk mengajar kelas Mai, macam-macam cikgu buat, cikgu buat lawak, mai diam. Cikgu tanya soalan, Mai membisu. Cikgu marah Mai, Mai tetap kaku. Setiap minggu cikgu usaha untuk buatkan Mai gembira, cikgu nak sangat dengar suara emas Mai. Cakapla Mai, cukupla hanya sepatah kata. sampai harini dah 3 bulan cikgu mengajar mai tapi mai tetap sama.

Sesungguhnya tuhan maha pengasih dan penyayang. Tiada tuhan yang ku sembah melainkan ALLAh. Setiap kali aku bersujud padamu aku akan sentiasa berdoa. Semoga dipermudahkan perjalananku di dunia dan akhirat. Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya, maklumlah aku belum berharta lagi (cikgu praktikel je) pergi sekolah naik moto je. Sebab hujan lebat sangat terpaksala aku tunggu hujan reda sikit baru pergi sekolah, nasib baik takde kelas pagi harini, nak dekat pukul 8.00 pagi baru sampai sekolah. Ngam-ngam je kul 8.00 aku kena ngajar kelas Mai.

Masuk-masuk kelas je, murid-murid pun cakap "selamat pagi cikgu". Fuh!! perkataan tu cukup azimat bagi aku, terus bersemangat nak mengajar. baiklah murid-murid, harini cikgui nak kamu baca buku cerita, cikgu nak sorang-sorang baca dekat depan ye. Cerita punya cerita, baca punya baca, sampaila giliran Mai. Cikgu suruh Mai bagun dan berdiri dihadapan kelas, perlahan-lahan Mai bagun dan berjalan kehadapan, setelah kali keberapa aku memujuk dia aku pun tak ingat. Ok, Mai boleh baca sekarang, Cikgu nak dengar mai baca, cepatla mai, mai kan budak baik, pandai. Pujuk punya pujuk akhirnya aku mengalah. Takpalah Mai, mai boleh duduk biar cikgu yang bacakan. Esok ada lagi, nanti cikgu nak pujuk Mai lagi. Semogga berhasil. Setelah tamat sesi pengajaran murid-murid pun bangun "terima kasih cikgu fauzi". Tiba-tiba ada seorang pelajar perempuan lalu depan kelas, memakai T-shirt yang berwarna pink, cikgu pun tanya murid-murid, kalau cikgu pakai baju pink hensem tak, semua gelak tak henti-henti. nanti cikgu nak pakai baju pink lah, Mai suka tak? Mai tersenyum menunjukkan giginya. YA ALLAH aku rasa......tak mampu aku nak gambarkan perasaan aku masatu, itu pertama kali cikgu nampak Mai senyum. Dalam kepuasan tu sejenak aku terfikir. Nak buat Mai tersenyum dah mengambil masa yang cukup panjang, macam mana nak buatkan Mai berbicara semula seperti dulu. Takpalah, cikgu takkan mengalah, cikgu akan terus berusaha, suatu hari nanti cikgu yankin Mai akan bagun sebaris dengan kawan-kawan lain, lalu mengucapkan "Terima Kasih Cikgu"