titian perjalanan 1

22 April 2011  at 6:35 AM



Ini gambar sepupu aku, anak aruah Pak Long. Lokasinya titian hampir roboh kat depan umah aku. Kesian kat titi tu, dah nak roboh. Macam-macam kisah pasal titi ni, aku penah jatuh basikal, jatuh parit, macam-macam lagilah. Kat parit tu jugaklah tempat aku bekubang(mandi parit) masa kecil-kecil dulu. Mengamit memori betula titini.
Titinila tempat aku lalu hari-hari naik basikal pergi sekolah. Sekarang dah nak roboh, itulah lumrah dunia semakin lama semakin berusia, semua akan merasainya. Sebagai mana jasa titini aku juga nak mencurahkan jasa aku pada anak-anak bangsa kelak.Titini bukan sebarang titi tau,kaalu takde titini aku tak boleh nak p sekolah tak boleh nak p mana2,dok rumah jer..jiran2 pun tumpang lalu titini..huhu..sekarang semuanya dah berubah,dah ada jalan baru kat depan rumah. so orang dah x lalu titini sebabtu titini jadi reput dan usang. Takde sapa nak lalu dah..begitulah nasib titini semakin tua, makin usang xde sapa nk hiraukan dia..huhu..titian perjalanan ku.
       segalanya bermula disitu. jatuhku bagunku semunya bermula disitu. tempat bermain lagikan dikenang inikan pulak tempat lahir(betul ke).Tteringat lagi, sebelum titini wujud kat sebelah tu ada titi kecik je nak lalu naik beskal. Disebabkan kalut(bukan nak kelaut) balik sekolah aku jatuh masuk parit. abis basah baju, buku2 sklh. aku takut masatu. aku terus masuk umah, mandi2 aku nyorok dalam almari. takut kna marah. huhu. lapas tu, brula abah wat titini, itu kisah 15 tahun lalu. sekarang semuanya dah berubah, yang patah tumbuh yang hilang berganti. namun yang berjasa diabaikan. itulah agaknya perumpamaan bagi sebatang titi yang usang itu..hahah panjangla pulak kisah titini kalau nak cerita 7 hari,7 malam x abis..coz segalanya bermula disitu. perjalanku bermula disitu. kini aku jauh diperantauan demi mengejar cita-citaku. terima kasih titian usang kerana kau telah banyak berjasa...
         saat beganti minit, minit beganti jam, jam beganti hari, hari berganti bulan.menjadi tahun...dunia semakin tua...hari-hari yang aku lalui penuh dengan harapan.penuh dengan smangat dan impian. demi mengubah hidupku mengubah nasib titian usang.suatu hari nanti titian usang akan ku tukarkan kakinya dengan kaki-kaki besi dan simen agar ia terus kekal megah berdiri. tubuhnya akan aku saluti dengan bata2 dan simen agar tak jatuh orang berdiri diatasnya...semoga perjalanan ku ini terus bermakna. akanku galas harapan orang tuaku. terima kasih ayah yang telah mendirikan titian itu.
         Seperti mana gambar 2 adik beradik kt atastu begitulah gambaran kasih sayang, titian kasih yang telah wujud disitu. bagaimana kasihnya titian itu pada manusia, sanggup dirinya dipijak dan dilalui demi membiarkan manusi meneruskan perjalanan meneruskan kesinambungan hidup.perjalan yang mendewasakan, titian ini menyaksikan dari sekecil2 tapak kaki sehigga kebesarnya tapak kaki telah melaluinya(macam pelik jer). tanpa ada rasa keluhan, tanpa ada rasa jemu, kerana ia hanya sebatang titi.tapi kalu ia bersuarapun siapa yang tahu?.walaupun x sebesar dan sepanjang jambatan pulau pinang, namun jasanya sunguh besar. Mungkin org yang tak pernah melalui titian tertanya-tanya kenapala aku emo sangat becerita, titi je pun!!! tapi siapa yang merasa, siapa yang melaluinya. siapa yang menempuhi perit getir sebuah perjalanan hidup akan memahaminya.


Titian perjalanan 2

2 comments:

ANDAIANNYA said...

wow...menarik betul dengan titi hg 2 noh

Cebisan said...

YEKE MENARIK..TQ..SAYA BUDAK BRU BLJAR..CAMNA NK BUH CHAT KT BLOG?