kisah mereka 4

26 May 2011  at 7:34 PM
Assalamualaikum...
Apa khabar semua? Terima kasih kerana sudi singgah dalam ruangan akuni. Alhamdulillah setelah 14 minggu bertungkus lumus menjalani praktikal, akhirnya habis juga. Ada dua perasaan yang aku alami, yang pertamanya rasa gembira sebab dah habis praktikal, yang keduanya sedih dan terharu kerana terpaksa berpisah dengan murid-murid yang menjadi murid-murid yang pertama aku ajar. Fuh!! memang terasa lah, setelah melalui tempoh 14 minggu bersama mereka akhirnya terpaksa berpisah juga. Takpalah, kalau ada jodoh kita jumpa lagi. Cikgu sayang kamu semua. Dikesempatan ini aku nak bagi sedikit ucapan untuk murid-murid aku. Aku tahu diorang tak baca pun..huhu..Takplah cikgu rock!!cikgu mintak maaf sekiranya cikgu terkasar bahasa sewaktu ajar kamu, ada jugak yang tercubit cikit-cikit. Cikgu bukan saja-saja nak marah kamu, nak cubit kamu. Tapi cikgu buat semua tu sebab cikgu sayang kamu, cikgu nak kamu belajar sungguh-sungguh. Buat semua murid program pendidikan khas integrasi bermasalah pembelajaran SMKTKU (PPKibp SMKTKU)

Terima Kasih juga yang tak terhingga kepada semua guru-guru PPKIBp yang telah banyak memberi tunjuk ajar pada aku, Tak lupa juga pada semua PPm. Terima kasih banyak-banyak atas jasa kalian semua.

Gambar sekitar majlis perpisahan
 (ucapan terakhir)

 (Tq siew yan Bagi Tag konsert justin)





*kenangan paling berharga di SMKTKU

No comments: