Kisah mereka 2

20 April 2011  at 3:29 AM
Assalamualaikum. Sambungan dari kisah minggu lepas aku nak kongsi pulak kisah dua orang lagi anak murid aku. Bukan apa, saja nak kongsi, mana tau kamu-kamu ada berhadapan ngan kanak-kanak ni, aku tinggalkan sikit tips untuk melayan diorang yang sangat-sangatlah istimewa nih. Bila bersama mereka aku rasa amat bahagia membuatkan aku ketawa ketika berduka.

      Pertamanya Hafizah. Hafizah ada masalah pembelajaran, dia kenal huruf  "a" sampaila "z". Tapi masalahnya Fizah tak tahu nak membunyikan huruf-huruf tu. Cikgu takde masalah nak ajar Fizah, pelen-pelan kayuh, nanti lama-lama mesti Fizah dapat baca macam adik Fizah. Tapi yang masalahnye sekarang, Fizah suka sangat gelak-gelak dalam kelas, sampai kawan-kawan lain nak buat kerja pun tak senang. Kadang-kadang tu takde orang buat lawak pun Fizah gelak, kalau cikgu buat lawak tak boleh nak cerita la gelaknye, boleh pecah tingkap kelas(cikgu gurau je). Haritu cikgu ajar ABC cikgu tunjuk kad huruf A tapi huruf tu tebalik, kamu gelak kuat-kuat, cikgu nak marah pun tak jadi. Cikgu pun nak gelak sama hahahahaha. Lepastu cikgu cerita kat Fizah ada kawan cikgu suka gelak-gelak pastu dia sakit perut sampai masuk hospital,(cikgu tipu) Fizah nak jadi macamtu ke? Taknak cikgu!!, haritu Fizah senyap je tak gelak dah sebab takut dengar cerita cikgu. Rasa sunyila pulak kelas takde gelak ketawa. Cikgu jalan-jalan lepastu cikgu buat-buat jatuh, saja nak buat lawak, Fizah gelak balik tak henti-henti.hehehe. Fizah gelak la puas-puas tapi masa belajar Fizah kenala tumpukan perhatian, kalau tak macam mana nak pandai. Cikgu harap fizah dengar cakap cikgu, nanti cikgu bagi hadiah kat Fizah. Cikgu tau Fizah suka kumpul pemadam banyak-banyak(tak guna pun) nanti cikgu kasi pemadam baru kat Fizah, yang ada gambar Power rangers.

       Kisah yang kedua pulak pasal Amira yang cute, Amira ni Sindrom down. manja sangat, selalu nak kan perhatian cikgu, kalau cikgu tak layan, Amira merajuk, janganla macamtu sayang, kesian kat kawan-kawan lain, cikgu nak ajar diorang jugak, nanti cikgu tunjuk camna nak buat latihan yang cikgu bagi kat Amira pulak. Haritu Amira bawak bungkusan ke sekolah, Amira bagi kat cikgu. Apani Amira tak payahla susah-susah, cikgu taknak ambik, Amira dah buat muka merajuk. Bukan cikgu tak nak ambik cokelat yang Amira bagi ni, mahal sangat harganya (tanda harga masih ada RM20.80). Amira makanla dengan kawan-kawan, tapi Amira taknak, Amira tetap nak kasi cikgu. Cikgu tanya Amira, sapa yang belikan, Amira kata mak yang belikan. Cikgu antar pesanan ringkas kat mak Amira tanya pasal cokelat tu. Mak Amira cakap cikgu ambik la, Amira memang nak bagi dekat cikgu cokelat tu. Bukan apa, diorangni memang suka bagi benda kat cikgu tapi tanpa pengetahuan ibu bapa. Risaula jugak nanti mak ayah diorang cakap apa pulak kan. Terima kasih Amira, cikgu hargai pemberian Amira. Cikgu tak mintak apa-apa balasan pun, cikgu ikhlas nak mengajar kamu semua, kamu dengar cakap cikgu, rajin belajar, itupun dah cukup, tak payahla kasi hadiah. Masa dalam kelas cikgu bukak cokelat tu pastu cikgu makan depan Amira, Amira suka sangat. cikgu bagi dekan kawan-kawan Amira sikit tau, kesian diorang tengok, banyak-banyak nanti tambah hyper pulak murid-murid akuni, sikit sudah.
[1] [2]

2 comments:

GreenAppleKu.com said...

singgah jumpa tuan blog..

fauzi_yeop said...

singahla......:)