MERDEKA 59

16 August 2016  at 10:03 PM
AKU RASA MERDEKA NUKILAN CIKGU FAUZI

 

AKU RASA MERDEKA,

 SEKOLAHKU DIBIAYA,

DUIT SAKU SEHARI LIMA,

BEBAS MENUTUT  ILMU DI MANA SAJA,

KERANA AKU ANAK MERDEKA,

PUNYA NEGARA YANG AMAN SENTOSA,

TAPI SAMPAI BILA?

 

AKU RASA MERDEKA,

MAKAN KU CUKUP TIDURKU LENA,

PUNYA RAKAN DI ALAM MAYA,

PUNYA TEMAN JIRAN TETANGGA,

BERKONGSI REZEKI MANA YANG ADA,

KERANA NEGARAKU BEBAS MERDEKA,

TAPI SAMPAI BILA?

 

AKU RASA MERDEKA,

TAPI MEREKA TIDAK PUNYA APA,

DIBEDIL BESI BERUPA KILAT,

DIRATAH DETUMAN BINGIT  YANG  KUAT,

BERLARI MEREDAH MENDAYUNG LAUTAN GANAS,

AKHIRNYA SAMPAI KE TANAH KITA,

MENUMPANG JASA MANAGIH KASIH MESRA,

KERANA KITA PUNYA PERTIWI YANG ERAT,

BIARLAH MEREKA MENUPANG SEKETIKA,

KERANA BUMI INI BUKAN KITA YANG PUNYA,

KITA JUGA SAMA SEPERTI MEREKA,

MENUMPANG SEMENTARA DI BUMI TUHAN YANG ESA,

 
AKU RASA MERDEKA,

KAMU SEMUA PEWARIS NEGARA SEPERTI AKU JUGA,

TIDAKAH KAMU JUGA PUNYA RASA YANG SAMA,

MASIH LENA KAH KERANA NYAMANYA UDARA,

TIADA BAU MAYAT DAN ULAT,

TIDAK SEDAR PENJAJAH SUDAH MULA MENYELINAP,

KERANA KAU RASA SELESA,

PUNYA NEGARA YANG DIRASA MAJU DAN

BERDAULAT,

TAPI SAMPAI BILA?

 

AKU RASA MERDEKA,

AYUH RAKAN, SEDARLAH MERDEKA INI MILIK KITA,

USAH KITA MENDABIK DADA,

KERANA BILA-BILA MASA SAHAJA KITA KEMBALI

DIJAJAH,

KEMBALI DIRATAH MENTAH-MENTAH,

JIWA ROHANI PEMIKIRAN SUDAH MERUBAH, SUDAH

MULA DIJAJAH,

SELAGI PUNYA HATI YANG TERLEKAT DINYAWA,

HAYATILAH INDAHNYA MERDEKA, INDAHNYA

DUNIA

YANG TIDAK PUNYA SENGKETA SESAMA MANUSIA,

KERANA DUNIA INI MILIK BERSAMA,

PINJAMAN DARI YANG MAHA ESA.

 

Pantun Hari Raya

25 June 2016  at 6:57 PM
Pantun Hari Raya

Buah rambutan enak dimakan,
Manis rasanya bila ditelan,
Selamat hari raya saya ucapkan,
kepada sanak-saudara rakan dan taulan.

Pergi sekolah berlumba-lumba,
Adik terjatuh tersepak dahan,
Hari raya telahpun tiba,
Marilah kita bermaaf-maafan,

kampung bersih indah dan ceria,
bekerja sama rakan dan taulan,
di hari raya yang sunguh mulia,
eloklah kita bermaaf-maafan

Amalan mulia pergi berziarah,
bersama-sama ayah dan bonda,
aidilfitri disambut meriah
jagan dilupa orang yang tiada..

Adik gembira tidak terkira,
pergi bersantai naik kereta
hari lebaran disambut gembira,
Sebagai meraikan kejayaan kita,

Berlari laju si anak rusa,
kancil sudah menipu buaya,
Sebulan sudah kita berpuasa,
tibalah kita berhari raya,

Hari ini pergi ke kota,
Tiba raya pulang ke desa,
ampun dan maaf harus dipinta,
menghulur tangan ikatan mesra,

ibu dan ayah terasa hiba,
anak pula berasa bangga
selamat menyambut lebaran tiba,
buat saudara seisi keluarga.

Gembira

15 June 2016  at 6:59 PM

        Sewaktu zaman kanak-kanak kita gembira, tidak langsung memikirkan masalah, tiada memikirkan mahu bayar bil air, bil elektrik, ansuran kereta, itu ini. Kita hanya tahu bermain dengan kawan-kawan. “Ali jom main layang-layang” jerit Omar. Mimi bermain masak-masak bersama kawan-kawanya. Dolah melastik burung. Danish duduk di rumah saja, semalam ayahnya membelikan PS2. Seronok main game sampai ke senja. Bila difikirkan alangkah indahnya jika dapat kembali ke waktu itu. Tapi sebenarnya lagi indah bila kita semua terus membesar dan melihat dunia. Zaman berubah mengikut peredaran waktu. Zaman kanak-kanak sekarang mungkin berbeza dengan kita dahulu, sudah jarang kita melihat kanak-kanak bermain guli, berlari-lari bermain aci ligan, main sorok-sorok, main layang-layang di bendang, seronok mandi di sungai dan macam-macam lagi. Perkembangan semasa merubah segala-galanya.

Seronoknya zaman kanak-kanak kita,
Tiada duka semuanya suka dan gembira,
Memandang dunia semuanya macam mainan sahaja,
Parit menjadi kolam mandi-manda,
Lopak kotor jadi tempat berlumba,
Tanah jadi tempat baring selamba,
Tidak kenal erti bahaya,

Berkejar-kejar menyorok
di tepi perigi buta,
Jatuh tersungkur
menangis sekejab saja,
Kembali bermain seperti biasa,
Katak ditangkap dikurung disiksa,
Kucing dipeluk sekuat tenaga,

Habis bedak disapu kemuka,
Minyak naik harga peduli apa,
Ekonomi merosot jangan cerita,
Duit seratus pun dikoyaknya saja,
Inikan pula hal isu semasa,
Tiada duka semuanya suka,