Kisah mereka

19 April 2011  at 5:05 AM

Assalamualaikum. Harini aku nak cerita pengalaman aku menjadi cikgu  pendidikan khas. Untuk pengetahuan korang pendidikan khasni adalah khas untuk kanak-kanak istimewa(maksud ringkasnye) yang mempunyai kekurangan. Opss! bagi mereka yang tak memahami kanak-kanak istimewani mesti anggap kanak-kanakni mempunyai kekurangan, tapi bagi aku mereka terlalu istimewa.Bila bersama mereka hati terasa bahagia dengan telatah murid-murid pendidikan khas. mereka adalah dunia aku dan mampu membuat aku ketawa semasa menangis dan riang semasa duka. Nak diceritakan  jadi cikgu pendidikan khas ni amatla mencabar. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi, kalau tak meletop!! Macam-macam gelagat dan telatah yang dapat diperhatikan.

      Hati terasa sayu bila memandang Chong lym. Baru umur 15 tahun, Chong Lym disahkan mengalami barah otak yang menyebabkan dia tak mampu untuk belajar seperti kanak-kanak normal lain, sukar untuk begerak. Dia tak boleh nak buat kerja apapun, kesian tapi masa rehat dan balik diala yang paling laju.Hehehe. Doktor kata dia tak dapat hidup lama, takdir tuhan. tapi selagi kamu bernafas di bumi ini cikgu tak akan biarkan hidup kamu kosong. Cikgu akan curahkan segala ilmu yang cikgu ada pada kamu.

    Cikgu dah tak larat nak layan karenah kamu Ahmad, makin dilayan makin menjadi, menjerit tak tentu pasal, degil tak payah nak cerita la. Selagi tak ketuk taknak buat kerja. Tapi Ahmad cikgu buat macam tu bukan cikgu tak sayang Ahmad, cikgu sayang Ahmad, cikgu cuma nak Ahmad berubah, dengar cakap cikgu. Maafkan cikgu kerana terpaksa berkeras dengan kamu. Kamu budak baik, paling pandai dalam kelas cikgu, cikgu nak Ahmad pandai, macam orang lain. Cikgu harap Ahmad faham cikgu, Hurmm, cikgu tak suka marah-marah, tapi kalau Ahmad degil cikgu marahla. Marah tanda sayang, Ahmad. Satu haritu cikgu buat-buat merajuk, tak layan Ahmad, cikgu bukan tak sayang Ahmad, cikgu cuma nak Ahmad berubah. Pastu Ahmad tanya kenapa cikgu tak layan Ahmad? Ahmad ada buat salah ke? cikgu diam, pastu Ahmad hulurkan tangan mintak maaf, cikgu tak sambut. Muka Ahmad dah berubah, cikgu jadi sayu. cikgu peluk Ahmad, lepastu cikgu cakap cikgu sayang Ahmad. Lepasni Ahmad jangan degil-degil tau, kalau tak cikgu taknak kawan. Ahmad menangis. Sayu rasanya..

     Hajjar pulak cute sangat. tapi sayang tak boleh nak baca, letih dah cikgu ajar ABC tapi tak boleh-boleh jugak. Cikgu tunjuk hurug G, cikgu cakap ini huruf G, kamu angguk, Cikgu tanya balik ini huruf apa sambil tunjuk kad huruf G kamu jawab G. Selang berapa minit cikgu tanya lagi, ini huruf apa? T cikgu!! dengan yakinnye. Ini G la Hajjar. Cikgu tahu kamu tak mintak jadi macamtu, kamu pun nak pandai macam orang lain, cikgu tak marah pun, takpela Hajjar, nanti cikgu ajar lagi ye. cikgu tak kisah ulang benda yang sama banyak-banyak kali. Cikgu nak sangat Hajjar pandai baca. Suatu hari Hajjar bawak buku cerita tajuk "kucing dengan harimau". Hajjar mintak cikgu bacakan, cikgu bacakan untuk Hajjar ye. Cikgu buat-buat suara kecik bila baca dialog katak, bila harimau cakap cikgu ubah suara besar. Hajjar gelak kuat-kuat. Hurmm rasa tenang hati tengok Hajjar gelak, cikgu suka kalu murid-murid cikgu gemmbira. Hajjar belajar rajin-rajin ye. Esok cikgu ajar kamu lagi.
[1] [2]

7 comments:

syafiqah khadiron said...

dulu mama jaga adik sindrom down. shes so cute. but bila dia dah masuk darjah 1 mama tak jaga dah. dia comel sgt tk mcm other kids

Cebisan said...

ye..betuah sgt kalau ada pengalaman ngn diorng..klu sindrom down selalunya diorgni penyayang sgt2...

miss ct said...

Assalamualaikum cikgu fauzi..
setahu ct, cikgu pendidikan khas perlu ketabahan&kesabaran yg tinggi.. semoga berjaya ya cikgu =)

Cebisan said...

haah..penting sgt tu..kalau takde semua tu mmg tak mampula nk berhadapan ngn kanak2 istimewani..tapi bila dah selalu ngn diorgni kita akan terbiasa..layan je..

Fariz Reza [FR] said...

testing2

Unknown said...

bagus cikgu. Bukan senang nak jaga knk2 istimewa ni.perlu kesabaran yang tinggi. seronok sebenarnye mengajar mereka ini. bila mereka dapat mengikuti sesuatu yg kita ajar walaupun sedikit, kite pasti akan merasa senang dan bahagia.

Cebisan said...

betul tu nina..setuju sgt..ajar diorg untuk menempuhi pejalanan hidup diorg je..nak ajar diarang sampai dapat 7,8 A dalam exm memang dah x mampu,,diorang dapat baca papan tanda pun dah rasa seronok sgt..