Selamat Datang

15 June 2016  at 6:57 PM

          
           Setiap seorang daripada kita mesti tahu bagaimana proses perkembangan seorang bayi dari merangkak sehingga boleh belari. Ibu tersenyum puas melihat anak yang dilahirkan sudah pandai berjalan. Sudah pandai memanggil ibu dan ayah. Secara ilmiahnya ibu dan ayah adalah permulan kepada lahirnya insan yang lain, melalui perkahwinan, melalui hubungan yang rasmi atau sebaliknya. Bila berlakunya hubungan antara lelaki dan perempuan maka lahirlah insan yang baru.
       
          Mungkin perkara ini dapat dijelaskan dengan lebih teliti bila kita berlajar soal biologi kehidupan manusia, bagaimana manusia meneruskan kesinambungan dengan melahirkan zuriat. Peringkat perkembangan manusia berlangsung dengan sangat indah, bermula dengan persenyawaan antara sel pembiakan lelaki dan sel pembiakan wanita. Kemudian daripada berjuta-juta seperma lelaki yang dilepaskan hanya satu daripada seperma itu berjaya disenyawakan. Kemudian berkembang di dalam rahim seorang wanita sehinggalah dilahirkan kedunia, dan wujudlah kita. Persoalanya sejauh mana kita menghargai kelahiran diri masing-masing?

Sembilan bulan sepuluh hari,
Jangkaan umur seorang bayi,
Berkembang dalam rahim sembunyikan diri,
Kemudian lahir ke dunia realiti,
Mula belajar menghisap jari,
Merangkak kemudian terus melari,
Bila jatuh bangun kembali,
Tidak mengalah walau diuji,
Sakit tak kisah tidak peduli,
Meneruskan langkah mengenal duniawi,
Selamat datang ke dunia realiti.


No comments: