Gembira

15 June 2016  at 6:59 PM

        Sewaktu zaman kanak-kanak kita gembira, tidak langsung memikirkan masalah, tiada memikirkan mahu bayar bil air, bil elektrik, ansuran kereta, itu ini. Kita hanya tahu bermain dengan kawan-kawan. “Ali jom main layang-layang” jerit Omar. Mimi bermain masak-masak bersama kawan-kawanya. Dolah melastik burung. Danish duduk di rumah saja, semalam ayahnya membelikan PS2. Seronok main game sampai ke senja. Bila difikirkan alangkah indahnya jika dapat kembali ke waktu itu. Tapi sebenarnya lagi indah bila kita semua terus membesar dan melihat dunia. Zaman berubah mengikut peredaran waktu. Zaman kanak-kanak sekarang mungkin berbeza dengan kita dahulu, sudah jarang kita melihat kanak-kanak bermain guli, berlari-lari bermain aci ligan, main sorok-sorok, main layang-layang di bendang, seronok mandi di sungai dan macam-macam lagi. Perkembangan semasa merubah segala-galanya.

Seronoknya zaman kanak-kanak kita,
Tiada duka semuanya suka dan gembira,
Memandang dunia semuanya macam mainan sahaja,
Parit menjadi kolam mandi-manda,
Lopak kotor jadi tempat berlumba,
Tanah jadi tempat baring selamba,
Tidak kenal erti bahaya,

Berkejar-kejar menyorok
di tepi perigi buta,
Jatuh tersungkur
menangis sekejab saja,
Kembali bermain seperti biasa,
Katak ditangkap dikurung disiksa,
Kucing dipeluk sekuat tenaga,

Habis bedak disapu kemuka,
Minyak naik harga peduli apa,
Ekonomi merosot jangan cerita,
Duit seratus pun dikoyaknya saja,
Inikan pula hal isu semasa,
Tiada duka semuanya suka,

No comments: