Wujudnya dunia sebelum kelahiran
manusia, kemudian bumi menjadi tempat menetapnya manusia. Bumi menjadi medan
petempuran kita, mengharungi kehidupan menyusuri laluan yang di sana
dikelilingi bukit-bukau, hutan belantara, yang di situ diselaputi salji, lautan
yang luas, daratan yang dipacak dengan besi-besi konkrit untuk dijadikan tempat
berlindungnya manusia. Seterusnya wujudnya tamadun zaman berzaman, dari zaman
batu sehingalah zaman segala macam benda di hujung jari sahaja. Dari menangkap
ikan menggunakan tangan sehinggalah membasuh baju menggunakan mesin basuh.
Mencari makan dari sumber-sumber yang
ada di muka bumi ini, dan dari hasil bumi jugalah wujudnya bangunan tinggi
pencakar langgit, kapal besar membelah lautan, kereta dan lori meluncur laju.
Kita gunakan semua yang ada di bumi sebagai sumber untuk diinovasikan,
menghasilkan sesuatu yang baru yang boleh digunakan. Di situ jelas apa fungsinya
akal, yang bijak mampu megapungkan ketulan besi, menjadikan kaca mengelurkan
cahaya dan macam-macam lagi. Bukit-bukit ditarah, tanahnya dijadikan tapak
untuk manusia berteduh buat sementara. Tanah yang subur dijadikan tapak
bercucuk tanam, dan hasinya dibuat makan demi meneruskan kelangsungan hidup. Segala
struktur dan susunan bumi memberi manfaatnya. Sudah lama manusia menumpang
berpijak dan menapak di bumi, sebagai satu persinggahan semetara, dan
kesudahanya tiada siapa yang tahu.
Cacat
Bumi semakin cacat,
Diratah ganas letusan kuat,
Putus-putus urat belikat,
Berputar semakin lambat,
Kekurangan semangat dan kudrat,
Bumi semakin cacat,
Diratah ganas letusan kuat,
Putus-putus urat belikat,
Berputar semakin lambat,
Kekurangan semangat dan kudrat,
Bumi
semakin tenat,
Dicalar besi serupa kilat,
Bersusah payah memerah keringat,
Mengusung dan menelan mayat,
Menyedut darah yang sarat,
Dicalar besi serupa kilat,
Bersusah payah memerah keringat,
Mengusung dan menelan mayat,
Menyedut darah yang sarat,
No comments:
Post a Comment