Untuk perkongsian bersama-sama, disini aku nak cerita lah kisah pendakian aku ke bukit larut @ maxwell hill. kalau nak dikira ini puncak yang empat telah aku tawan. sebelumni aku dah daki gunung ledang, irau dan berincang. tapi harini aku nak cerita kisah pendakian ke Maxwell hill sebab tempatni dekat je dengan kampung aku, di Taiping Perak. Yang menjadikan pendakian ni lebih menyeronokkan dan lebih bermakna pendakianni dilakukan bersama-sama dengan kawan satu sekolah aku dulu. best gila, macam2 pengalaman yang kami tempuhi semasa pendakian tersebut, ada yang melucukan ada yang menakutkan, ada yang menyedihkan pun ada.tak perlu nak cerita panjang lah, gambar-gambar yang bakal aku paparkan sudah cukup menceritakan segalanya. nikmatilah keindahan Maxwell Hill bersama-sama ye. kalau rasa tertarik datangla, cubala mendaki ye. untuk pengetahuan umum ada dua trek untuk ke puncak bukit, sama ada nak naik ikut jalan yang telah disediakan atau nak mencabar lagi ikut trek hutan. ikutkan kami daki bukit ikut jalan tar, masa turun ikut trek hutan. agak mencabarla.
Cukupla kot nak cerita pasal pendakian bukit larutni apa yang penting sebenarnya semangat tu. Semangat ingin ke puncak. walau apapun dugaan walau apapun cabaran kita kena kukuhkan hati, kuatkan semangat untuk sampai ke puncak. Apa yang aku cakapni bukan sekadar pendakian untuk ke puncak bukit ke, gunung ke, apa ke jadah lagi ke. apa yang aku cakapni juga mengenai puncak pencapaian kita, puncak yang ingin kita tuju, puncak kejayaan itu. masa daki bukit larut tu ada jugak kawan yang tak larat, tapi dengan sokongan rakan-rakan yang lain berjaya gak sampai ke puncak. Sama jugak dengan kehidupan kita ni kalau nak sampai ke puncak kejayaan kita perlukan sokongan kawan-kawan.. Apa yang paling penting itulah, "Semangat untuk berjuang". jadi sebagai pengajaran disini walau apapun yang ingin kita capai, pasti ada dugaan, pasti ada cabaran, so jangan mudah mengalah. teruskan perjuangan. suatu hari nanti pasti impian itu dalam gengaman. sekian...
|
SALAH SATU TEMPAT YANG MENARIK |
|
JOM GERAK |
|
SELAMAT DATANG KE BUKIT LARUT
|
No comments:
Post a Comment