Alhamdulillan, bersyukur aku ke atas ialahi kerana dengan nikmat kasih dan sayangNYA, diberikan lagi aku kesempatan untuk menatap dunia, untuk menghirup udara didunia yang cukup sempurna ini. Masa cuti semester baru-baruni aku menyempatkan diri untuk pulang ke kampung...hehehe seronok rasanya dapat balik kampung. kebetulan pulak ada kenduri kawin, apa yang nak dijadikan ceritanya ialah "kerjasama". Kebanyakan kenduri zaman sekarang xdela gotong royongnye, semua pakai katering je. call mana2 tempat wat tempahan untuk kenduri, senang je. tapi kat kampuang aku masih mengekalkan konsep kerjasama. semua kerja dibuat secara bergotong royong. dari mendirikan konopi, memasak, menghidang, sampaila ke basuh pinggan. semuanya buat secara bergotong-royong.
Itula seronoknya kalu kenduri kat kampung kos pun dapat dijimatkan. alangkah bagusnya sikap kerjasama ini terus dikekalkan. mungkin lagi bagus kalau sifat kerjasama tu terus diterapkan dalam kehidupan sehari-harian kita. Ingat lagi masa aku kecik-kecik dulu, time nak tanam padi semua buat secara kerjasama, bahasa orang kampuna aku panggil "badarau". Dulu mana ada mesin2 cangginh nak tanam padi, pakai tanggan jelah jawabnya. harini tanam padi kat bendang mak cik bedah, esok bendang paksu budin pulak. sampaila habis satu kampung. kat bawahni aku letakla beberapa gambar untuk tatapan umum kerjasama antara penduduk kampung semasa menjalankan kenduri kawin.
LOKASI: PARIT AIR HITAM SATU
kulaan-kulaan air hitam
gotong-royong memotong bahan masakan |
gotong-royong masak nasi |
No comments:
Post a Comment