Perhatian kepada semua pelajar semester 7 yang bakal menjalani Latihan Mengajar pada Sesi Januari 2011, sila lengkapkan borang 'Exit Survey' dalam MyGURU2. Borang ini perlu dilengkapkan bagi membolehkan anda mencetak surat pengenalan diri untuk diberikan kepada pihak sekolah semasa hari pertama anda melaporkan diri kepada pengetua.
Seandainya anda tidak boleh membuat soal selidik tersebut, sila berurusan dengan Unit Latihan Mengajar & Jalinan Industri atau menelefon terus ke talian 05-450 6825
p/s: bagi pelajar yang pernah menangguh Latihan Mengajar, sila berurusan terus ke Unit Latihan Mengajar & Jalinan Industri.
Tarikh baru untuk program Latihan Mengajar bagi sesi Januari 2011
Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
7 Februari 2011 hingga 20 Mei 2011
Pelajar Diploma Pendidikan
28 Februari 2011 hingga 27 Mei 2011
selain itu, anda perlulah download borang-borang dibawah. borang-borang tersebut perlulah dibuat salinan hardcopy.diharap maklumat ini dapat membantu
Borang-borang
Perlantikan Guru Pembimbing | |
Tuntutan Elaun Khas Guru Pembimbing | |
Penyeliaan Praktikum | |
Rekod Aktiviti Ko-kurikulum | |
Rumusan Program Praktikum | |
No comments:
Post a Comment