Showing posts with label pantun. Show all posts
Showing posts with label pantun. Show all posts

Pantun Hari Raya

25 June 2016  at 6:57 PM
Pantun Hari Raya

Buah rambutan enak dimakan,
Manis rasanya bila ditelan,
Selamat hari raya saya ucapkan,
kepada sanak-saudara rakan dan taulan.

Pergi sekolah berlumba-lumba,
Adik terjatuh tersepak dahan,
Hari raya telahpun tiba,
Marilah kita bermaaf-maafan,

kampung bersih indah dan ceria,
bekerja sama rakan dan taulan,
di hari raya yang sunguh mulia,
eloklah kita bermaaf-maafan

Amalan mulia pergi berziarah,
bersama-sama ayah dan bonda,
aidilfitri disambut meriah
jagan dilupa orang yang tiada..

Adik gembira tidak terkira,
pergi bersantai naik kereta
hari lebaran disambut gembira,
Sebagai meraikan kejayaan kita,

Berlari laju si anak rusa,
kancil sudah menipu buaya,
Sebulan sudah kita berpuasa,
tibalah kita berhari raya,

Hari ini pergi ke kota,
Tiba raya pulang ke desa,
ampun dan maaf harus dipinta,
menghulur tangan ikatan mesra,

ibu dan ayah terasa hiba,
anak pula berasa bangga
selamat menyambut lebaran tiba,
buat saudara seisi keluarga.

Pantun motivasi menghadapi ujian

26 October 2014  at 11:18 PM

Tabah

Kanak-kanak bersuka ria,
Bermain air di tepi paya,
Setiap makhluk yang bergelar manusia,
Tidak akan terlepas dari ujiaNya

Lebat berbuah pohon durian,
Isinya manis tidak tertahan,
Tabah menghadapi segala ujian,
kerana itu juga anugerah tuhan,

Sabar menunggu tibanya petang,
Ayah pulang dari kedai,
dugaan akan sentiasa mendatang,
sabar sentiasa di hati damai,

Kura berjalan perlahan-lahan,
Akhirnya sampai walaupun sukar,
tangan ditadah mengadap tuhan,
moga segalanya berjalan lancar,


Pantun Memulakan Majlis

12 October 2014  at 11:27 PM
Lagu tradisional menjadi hiburan,
Tidak kira muda dan juga tua,
Assalamualaikum saya ucapkan,
Kepada saudara saudari semua,

Pergi ke laut mencari lokan,
Jangan sampai dibadai gelora
Salam sejahtera saya ucapkan,
Sebagai tanda pembuka bicara,





Pantun Untuk Ayah

11 October 2014  at 8:29 PM


Ayah

Memancing puyu tepi telaga,

Banyak habuan besar belaka,

Menjadi imam ketua keluarga,

Itulah dia ayah tercinta,


Pisang emas manis rasanya,

Masak sebiji dimakan kera,

Siang bekerja malam berjaga,

Supaya anak tidurnya lena.


Hujan lebat membanjiri paya,

Ikan baung mudik ke muara,

Lantang suara tegas pendirianya,

Mendidik anak menjadi insan berguna,


Padi menguning tunduk resamnya,

Ayah tersenyum tanda gembira,

Memimpin keluarga ke jalan bahagia,

Menunjuk arah tujuan utama,


Pergi memburu si anak rusa,

Tidak sedar hari dah senja,

Kepada anak yang sudah dewasa,

Jangan dilupa pengorbanan mereka.

Pantun untuk kawan

  at 8:27 PM


Kawan


Bunga raya merah menyala,

Menjadi lambang gagahnya pewira,

Carilah kawan sebanyak mana,

Elakan lawan berkunjung tiba,


Putih berseri bunga kemboja,

Wangi menusuk ke dalam jiwa,

Kawan bersama mengejar cita,

Lagi bahagia bila berjaya,


Bunga teratai kembang kelopaknya,

Menyeri alam seluas semesta,

Sentiasa bersama ketika suka,

Setia menanti ketika berduka,


Cantik sunguh bunga cempaka.

Sama cantik bunga dahlia,

Mengingatkan kita ketika lupa,

Menyedarkan kita ketika leka,


Mari memetik si bunga lili,

Dihias bersama bunga seroja,

Kepada kawan kita berbudi

Tidak dilupakan bila berjasa,

Pantun Budi Versi Baru

29 September 2014  at 11:07 PM
Resah ibu nampak di mata,
menunggu anak tak muncul juga,
Tolong menolong sesama kita,
Agar bangsa terus terjaga.

Ayah ke bendang menabur baja,
Ibu memasak di dapur rumahnya,
Hormat-menghormati tua dan muda,
Berkasih sayang selama-lamanya.

Anak menagis ibu tiada,
Pergi ke kedai membeli gula,
Jagalah maruah diri dan bangsa,
Dihormati sentiasa saudara-mara.

Tidak tertanggung sakitnya rasa,
Terkena bisa si ular muda,
Sayangi semua anak-anak kita,
Kasih kepada ayah dan bonda.

Pantun terima kasih guru

28 September 2014  at 10:20 PM
Waktu pagi mendung selalu,
Hujan renyai membasah bumi,
Terima kasih guru-guru,
Kerna sudi ajarkan kami.

Pelangi muncul jarang sekali,
Indah sungguh berwarna-warni,
Jasamu guru besar sekali,
Tidak terbalas walau seinci.

Air sungai jernih sekali,
Sejuk terasa di jari jemari,
Tiada ternila jasa diberi,
Tampamu guru siapalah kami.

Gunung tinggi didaki jua,
Sampai di puncak puas terasa,
Mengajar membaca juga mengira,
Dari mula hingga dewasa.

Pohon jambu lebat buahnya,
Dimakan oleh monyet dan kera,
Sabar melayan karenah muridnya,
Tiada jemu tidak terleka.

Merah menjala si bunga raya,
Dipetik sekuntum buat ibunda,
Terima kasih guru semua,
Menjadikan muridmu orang yang berguna.

Pantun ucapan selamat hari lahir

26 September 2014  at 10:11 PM
bunga mawar dipetik jangan,
nanti duri tercucuk tangan,
selamat hari lahir saya ucapkan,
sudah bertambah usianya badan.

tanam betik di pinggir laman,
buahnya lebat enak dimakan,
semoga rezeki sentiasa dimurahkan,
umur pula dipanjangkan tuhan.

tanam cili buahnya intan,
seronok sunguh terus berlagu,
hidup bahagia bersama teman,
jodoh kekal ke anak cucu.

Pantun mengakhiri majlis

21 February 2013  at 8:09 AM
buah cempedak enak rasanya,
buat santapan di waktu senja,
sekian sahaja ucapan saya,
diharap dapat maanfaat semua.

terbenam mentari di waktu senja,
indah sekali dipandang mata,
menyusun jari di akhir bicara
silap dan salah maaf dipinta.

dari hati turun ke mata,
menimbulkan segunung rasa cinta,
jika ada terkasar bahasa,
tiada yang lain maaf dipinta.

mendengar nenek mengarang cerita,
kisah lanun mencari harta,
Segala nasihat dan juga kata,
harus di renung jangan di lupa,

nasi dihidang di atas meja,
kuah kari belum dirasa
Majlis diakhiri sekian saja,
maaf sekiranya terkasar bahasa,

Pergi memburu si anak rusa,
lari sembunyi di dalam gua
Segala yang baik dari yang ESA,
yang buruk harap di maafkan jua

Pantun Terima Kasih

06 December 2011  at 7:45 PM

#Pantun ini boleh digunakan ketika sesuatu majlis, di dalam surat, atau di mana-mana situasi yang bersesuaian. Terima kasih....

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Burung helang terbangnya tinggi,
hinggap sebentar di pohon jati,
terima kasih saudara dan saudari,
memberi tumpuan sepenuh hati.

Licin badan si ikan keli,
tinggalnya di dalam perigi,
saya hamba lemah sekali,
Terima kasih bentuan diberi,

merah menyala si buah ceri,
sungguh cantik berseri-seri,
terima kasih ucapan diberi,
kerana sudi datang ke mari,

santai-santai

16 July 2011  at 3:40 AM
Petang-petang macamni agak boring..tak ada aktiviti nak dibuat..rasa terperangkap dan terperosok..aku pun tulisla pantuni untuk santai-santai di petang hari..saja nak merapu, menghilangkan boring...

Pagi-pagi pergi mengaji,
Mengaji di rumah Pak jabit,
Petang-petang minum kopi,
Pekena sama roti secubit.

Hati-hati memandu lori,
Rehat sekejap menonton TB
sambil-sambil makan roti,
best jugak kalau layan FB.

Redup suasana di petang hari,
Nak menulis aku tak reti,
sambil bersantai dan layan FB,
mencari-cari di mana cik siti.

bersantai-santai di tepi perigi(ada ke bersntai kat tepi perigi)
terbau pulak mak masak kari,
menanti-nanti si buah hati,
Entah bila akan ke mari.

Pantun Terima Kasih

02 December 2010  at 7:53 PM

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi membantu kami,
kalau ada kesulitan lagi,
Diharap sudi membantu kami.

indah sungguh pantai yang bersih,
ramai orang bergembira sakan,
sebagai tanda terima kasih
sepuluh jari kami hulurkan,

pergi memburu bersama rakan,
dapat seekor ayam hutan,
terima kasih kami ucapkan,
kerana sudi hulurkan bantuan.


PiasAng emas dibawa belayar,
masak sebiji diatas peti,
Hutang emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati.

Barcelona vs real madrid

29 November 2010  at 3:38 PM


Pagi-pagi dapat flower,
tengah hari dapat buah,
barcelona memang power,
real madrid boleh blah.

Bila dapat sebijik buah,
makan dengan anak pak lah,
C.ronaldo tak boleh blah,
messi dah kasi kalah.

Ingin memetik bunga melati,
tumbuhnya mekar di tepi perigi,(jiwang)
gembiranya dalam hati,
bila real kalah ngan barca lagi.

Tengok bola layan je,
tengok kat rumah cek bedah,
barca kasi can je,
5-0 sudah!!

PANTUN SELAMAT TINGGAL NEW VERSION

11 November 2010  at 7:41 PM



BANJIR MELANDA UTARA NEGARA,
HABIS SEMUA KELENGKAPAN DIRI,
TIGGALAH KAWAN TINGGAL SAUDARA,
AKU INGIN MEMBAWA DIRI.

KALAU ADA SUMUR DI LADANG,
BOLEH SAYA MENUMPANG MANDI,
KALU ADA UMUR YANG PANJANG,
BOLEH KITA BERJUMPA LAGI.

NASI DIHIDANG UNTUK DIMAKAN,
DIMAKAN BERSAMA DI WAKTU PAGI,
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN,
DILAIN HARI KETEMU LAGI.

IKAN TENGGIRI DIMASAK KARI,
BUAT SANTAPAN ANAK DAN ISTERI,
SAYA INGIN MENGUNDUR DIRI,
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFI.

PERGI MENDAKI GUNUNG TAHAN,
SAMPAI KE PUNCAK MENJELANG MALAM,
APABILA KITA SUDAH BERJAUHAN,
JANGANLAH LUPA BERKIRIM SALAM.

SAYUP-SAYUP SI ANAK MATA,
SAYUP MEMANDNG SI BUAH HATI,
MASA AMAT MENCEMBURUI KITA,
DILAIN HARI BERJUMPA LAGI.

JANGGAN KITA MEMBUANG MASA,
KELAK MENYESAL TIDAK BERDAYA,
ADATNYA SAYA MANUSIA BIASA,
TERKASAR BAHASA HARAP DILUPA.

MANCANDAT SOTONG DIWAKTU PAGI,
TIDAK TERASA HARI DAH SENJA,
WALAUPUN JAUH MERANTAU PERGI,
SANAK SAUDARA TAKKAN DILUPA.

BUAH RAMBUTAN UNTUK DIMAKAN,
SIMPAN SEDIKIT BUAT CIK SITI,
SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN,
ADA JODOH BERJUMPA LAGI.

Pantun Untuk Kulaan

03 November 2010  at 7:06 AM
harini aku nak wat pantun untuk kulaan2 pulak..hehehe..mungkin ramai yang tak tahu nak cakap bahasa banjarni. aku selaku pewaris keturunan banjarni x maula bahasa banjar hilang. bak kata pepatah, takkan banjar hilang didunia..



moto cabuk naik balapan,
habis hancur samuan tacabutan,
salam kulaan aku ucapan,
salah silap taguri sabarataan.

orang banjar handak bacinta,
bacinta dengan anak pak pandir,
amun tahagak kulaan kita,
jangan malu handak bapandir.

uyuh manajak di tanggah bandang,
habis tatimpas anak mambarang,
amun tahagak wadi barandang,
tingali saikit kulaan dibandang.

papagian tulak ka pakan,
hajat mambali buat rambutan,
salah silap mohon maafkan,
mintak barilaan kulaan sabarataan.

Papagian tulak ka bandang

Ta ingat baharik menanam padi
Amun wayahinik kulaan hanya mamandang
Mananyak..amun smuan mesin haja yg menggawi.


uyuh saekit udaham gigir,
awak muriat handak garing,

kada kawa lagi handak bapandir,

takijim dah mata nie handak guring.


Pantun Untuk Pasangan Berkasih

02 November 2010  at 3:52 AM
mentari senja indah sekali,
tak sabar rasa hati menanti,
gunung ku redah laut ku renangi,
mencari dikau kekasih hati.

ingin memetik bunga melati,
buat adinda si jantung hati,
lautan api sanggupku redahi,
demi adinda kekasih hati.

luka tertusuk duri sembilu,
sudaH jatuh tesepak batu,
barkawan boleh beribu,
bercinta biarlah satu.

bercinta dengan cik rita,
tapi bekawin dgn anak maksu,
bila becinta haruslah setia,
agar bahagia ke anak cucu.

ibu merpati beranak lima,
mati seekor masuk telaga,
bila bercinta jgn lama-lama,
eloklah cepat berumah tangga.

Pantun 1 Malaysia

31 October 2010  at 7:37 PM
kalau nak hidup kenala makan,
kalau tidak badan tersiksa,
1 Malaysia kita realisasikan,
agar negara aman sentiasa.

damai sungguh suasana desa,
sungguh cantik dipandang mata,
negaraku aman sentosa,
itulah dia Malaysia tercinta.

hidup aman rakyat bersama,
pastikan Malaysia kekal dijiwa.
cinta negara cinta selama,
tempat tumpah darah dan nyawa.

berbaju hijau bertudung biru,
jalan melenggang anak pak abu
             bangsa cina india melayu,
                      semua bergabung menjadi satu.

Pantun Nasihat Terkini

  at 9:38 AM
sekadar renungan bersama-sama. untuk adik-adik dan sesiapa sahaja yang berkenaan..

mencandat sotong di pagi hari,
airnya jernih tersenyum sendiri,
janganlah kita menyombong diri,
kelak mati tanam sendiri.

bunga melati dambaan hati,
putih berseri warnanya asli,
tamak haloba kita jauhi,
agar saudara ambil peduli.

pergi memburu sang bebiri,
dapatnya pula ikan tenggiri,(apa ke peliknye)
jangan musuh terus dicari,
akibatnya rezeki menjauh pergi.

haram kalau makan kinzir,
kalau nak jugak cubala makan,
jangan kita suka membazir,
kerana itu amalan syaitan.

ingin menjadi orang yang hebat,
mestilah kamu rajin mengaji,
jangan kita suka mengumpat,
nanti tiada siapa ingin peduli.

Pantun Versi Baru

  at 6:37 AM
Diakhir Majlis

kalau ada duit yang hilang.
jangan dicari dalam perigi,
kalau ada umur yang panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

nasihat atok jangan lupakan,
kelak menyesal merana diri,
terima kasih saya ucapkan,
kerana sudi singgah kemari.

luka dijari dapat disembuh,
luka dijiwa memakan hati,
yang patah akan tumbuh,
yang hilang akan berganti.

terima kasih daun keladi,
kalau ada bagila lagi..

Pantun Memulakan Majlis

30 October 2010  at 7:03 PM
Baru-baru ini aku ada menyaksikan pembentangn rakan-rakan.Setiap kali memulakan pembentagan tersebut mesti nak dimula dengan pantun.Itula yang pensyarah suka, ada kelainan dan keyakinan. Oleh itu sempatla aku menyalin beberapa pantun untuk tatapan umum..mana tau ada yang boleh digunakan...

mayang berliut berisi padat,
tidaK bercabang lembut empulur,
resamnya timur menjunjung adat,
bila bertandang salam dihulur.

ubi kayu untuk dimakan,
buat santapan seisi keluarga,
assalamualaikum saya ucapkan,
sebagai tanda pembuka bicara.

Ingin membuka jendela pintu,
agar cahaya menerjah raya,
datangnya dengan niat yang satu
salam satu malaysia ucap mulanya.

merah menyala si bunga raya,
biarkan ia mekar di sana,
izinkan saya mula bicara,
agar manfaat diperoleh bersama.

berdiri megah tugu negara,
tiada tandingan teguh dipersada,
salam diberi mula bicara,
hajat ku ingin berkongsi minda.

indah sungguh ciptaan tuhan,
mentari merah diwaktu senja,
salam sejahtera saya ucapkan,
sebagai tanda pembuka bicara.

tibanya saya sudahlah lama,
datang dengan semangat membara.
mohon perhatian kalian semua,
saya ingin memulakan bicara.

indah sungguh alam maya,
jagalah ia agar kekal lama,
dengarkan semua ucapan saya,
untuk difikirkan bersama-sama.