Showing posts with label Puisi. Show all posts
Showing posts with label Puisi. Show all posts

Selamat hari ibu

09 May 2015  at 7:35 PM
Saat mentari mula menunjukkan sinarnya,
Ibu tua itu menyingkap luas muka jendela,
Mengintai jika ada susuk muda yang dikenalinya,
Menghidu jika ada bau kereta berwarna putih sutera,
Mendengar jika ada deruan enjin berkuasa kuda,
Jernih matanya mengharap penuh bermakna,

Hari ini mungkin bukan waktu ,
Bukan tidak sudi jauh rasa tidak mengerti,
Bukan jua menyalahkan aturan manusia yang tampak zalim zahirnya ,
Langsung tidak terlintas menidakkan aturan yang maha ESA,
Mungkin masanya belum mengizinkan rela,
Mungkin titisan air mata harapan membuka jalan tujunya,

Saat mentari mula menjingga di barat dunia,
Jendela ditutup dikuci sedikit terbuka,
Tersenyum manis sedikita sayu dihujung mata,
Masih mengharap hadir anak menantunya,
Memahami masa berpenghujung dan jaraknya berbeza,
Jauh di selatan anakmu ini mengetap bibirnya,
Menahan sebak mata berkaca titisnya mutiara…

_Semoga esok ada_

CABARAN

29 March 2015  at 6:32 PM
Dunia semakin mencabar,
Tekak kering senyum bertukar,
Hujan panas bumbung dipagar,
Resah mak kamsah hati berdebar,
Gudah pak jalal lopak dilangar,
Keluh kak roziah tak siapa dengar,


Bebel abang amat baju dilempar,
Jamil ke pekan kalung digadai,
Syima temenung beras terhambur,
Adik menagis air sirap dicapai,
Tapi mereka tabah redha dan sabar,
Terus gigih berusaha walau tumit makin menebal,


Datok zatiman ketawa mengilai,
Datin merlinda berjalan berlian dibuai,
Tan sri raitap berkapal jam mewah ditangan,
Puan sri faitiip tersenyum duduk bersandar,
Mereka juga turut gigih berusaha tanpa sedar,
Hujan tak kena poket makin menebal,
Tidak salah jika mampu berbelanja besar,


Namun Alangkah indahnya dunia jika sering berkongsi bertukar,
(Bukan nama sebenar)
-semoga esok ada -

Sajak Dulu Di sini lahirnya.

11 September 2014  at 7:31 AM




Di sini lahirnya,
Permata bermata dua,
Mula membaca juga mengira,
Menghidu wangian serta merasa,
Menikmati aman tidur yang lena,
Dikejut boda dihidang sarapan di meja,
Tapi sampai bila?


Di sini lahirnya,
Pemuda beranak lima,
Mengaji tinggi hingga ke menara,
Menyara ayah dan bonda,
Cukup makan minum dan pakainya,
Tiada mengeluh walau seketika,
Tapi sampai bila?

Di sini lahirnya,
Gadis comel rebutan jejaka,
Ayu bertudung merah pipinya,
Jalan bersantun tunduk malunya,
Hormat orang tua dan keluarga,
Tidak pernah lupa asal usulnya,
Tapi sampai bila?

Di sini lahirnya,
Perwira bersemangat waja,
Berani menghunus senjata,
Menjaga maruah negara dan bangsa,
Tidak gentar penganas mara,
Mencinta negara sepenuh jiwa,
Tapi sampai bila?

Sajak Bumi

  at 7:30 AM
Cacat

Bumi semakin cacat,
DirAtah ganas letusan kuat,
Putus-putus urAt belikat,
Berputar semakin lambat,
Kekurangan semangat dan kudrat,

Bumi semakin tenat,
Dicalar besi serupa kilat,
Bersusah payah memerah keringat,
Mengusung dan menelan mayat,
-semoga esok bumi masih larat-

Sajak media sosial

  at 7:18 AM
Pantas

Bedil membedil di media sosial,
Berjuta-juta hati dikotorkan,
Berbilion jiwa terkorban hidup-hidup,
Mayat-mayat bergerak bebas, 
pantas mencari sisa-sisa makhluk yang masih bernyawa dan berhati,
Mujur anak-anak siput babi masih belum mengenal alam siber.

Sajak Rindu

19 February 2014  at 7:28 AM
Senyap,

Bilik menggelap mata membulat,
Hati teringat senyuman memekat,
Suara terdengar jantung berderap,
Sepi memancar di hujung tersemat,
Tangan membelai tetapi terikat,
Bibir berbisik rindu mendekat,
Jiwa mendengar berbunyi hebat,
Jantung bedegup berbunyi senyap,
Di hujung mata ia memikat,
Di dalam jantung ia melekat,
Lalu terpancar sinaran rahmat,
Indahnya cinta rindu teramat,
Anugerah tuhan mencinta umat,
Setiap inci sepantas saat,

Tiada terpisah sentiasa mendekat...

SI CANTIK

21 February 2013  at 5:56 AM

Aku hanya cinta pada yang cantik,
Cantik pada aku tak semestinya cantik pada mereka,
cantik pada mereka juga tidak semestinya cantik pada aku,
Apa guna cantik hanya pada nama,
Hanya pada rupa,
Cantik ada di muka surat 65,
Bukan pada muka hadapanya,
Jika diimbas ke muka 35 ternyata kamu mengoda,
membuatkan aku tergoda,
tapi hanya pada rupa semata-mata,
Mukasurat 65 sudah dibaca tinggal 5 saja lagi bilanganya,
Ternyata kau cantik bukan hanya pada rupa,
Tutur kata dan juga bahasa., lebih indah dari kata-kata.

siapa tahu?

08 February 2013  at 6:19 AM
siapa tahu?
kaki berdarah menapak di bumi....
puncaknya sudah kelihatan..
namun jalanya semakin berliku........
ke kanan ku kosong..
ke kiri ku buntu..
hari-hari yang berlalu..
meninggalkan pelbagai kenangan..
kenangan yang sukar dilupakan..
mimpi persahabatan,pengalaman yang tak akan dilupakan..
lebih manis kiranya puncak itu berjaya ditakluki..
bersama-sama sahabat di sisi.

Siapa tahu??
kaki berdarah menapak di bumi..
jalanya sudah ditemui..
namun jaraknya masih jauh.....
puncaknya belum kelihatan..
kekadang langkahnya deras..
kekadang longlai..
kekadang langkahnya terus kaku..
kekadang dipukul ombak..
kekadang ditiup angin..
kekadang dilanda taufan..
namun
kaki ini harus terus melangkah..
untuk tiba ke destinasi..

siapa tahu?
kaki berdarah menapak di atas bumi.
jalan nya masih jauh..
walaupun jenuh, pastikan kita kukuh.....
meskipun destinasinya tidak sama..
genggaman itu membuktikan segalanya..
suatu hari nanti segalanya pasti akan terbukti jua..
mimpi ke puncak akan menjelma..
puncak yang sukar, namun tak mustahil untuk digapai...........

Lelaki

04 December 2010  at 6:01 AM
Telah berdiri seorang LELAKI,
hidup berbekal kecekalan diri,
walau menghadapi sejuta cabaran,
terus bertaut pada kebenaran..

Berkurun sudah ku merintis jalan,
bertahun sudah hasrat ku terhalang,
tetap bersemarak api keazaman,
bara keramat doa dan harapan..

Aku melangkah bermula dari lembah,
ku mendaki setangga ke setangga,
semakin hampir menjejak ke puncak,
semakin sering ku ditikam onak,
namun kerana semangat tinggi,
derita dapat diselindungi,
tangisanku rahsia di hati..

Kesepianlah oh teman yang sejati,
di dalamnya ku mengenal diril,
tenangnya wajah,
matangnya bicara,
kerana ku meyakini Tuhanlah,
yang maha Esa...