AKU RASA MERDEKA NUKILAN CIKGU
FAUZI
AKU RASA
MERDEKA,
SEKOLAHKU DIBIAYA,
DUIT
SAKU SEHARI LIMA,
BEBAS
MENUTUT ILMU DI MANA SAJA,
KERANA
AKU ANAK MERDEKA,
PUNYA
NEGARA YANG AMAN SENTOSA,
TAPI
SAMPAI BILA?
AKU RASA
MERDEKA,
MAKAN KU
CUKUP TIDURKU LENA,
PUNYA
RAKAN DI ALAM MAYA,
PUNYA
TEMAN JIRAN TETANGGA,
BERKONGSI
REZEKI MANA YANG ADA,
KERANA
NEGARAKU BEBAS MERDEKA,
TAPI
SAMPAI BILA?
AKU RASA
MERDEKA,
TAPI
MEREKA TIDAK PUNYA APA,
DIBEDIL
BESI BERUPA KILAT,
DIRATAH
DETUMAN BINGIT YANG KUAT,
BERLARI
MEREDAH MENDAYUNG LAUTAN GANAS,
AKHIRNYA
SAMPAI KE TANAH KITA,
MENUMPANG
JASA MANAGIH KASIH MESRA,
KERANA
KITA PUNYA PERTIWI YANG ERAT,
BIARLAH
MEREKA MENUPANG SEKETIKA,
KERANA
BUMI INI BUKAN KITA YANG PUNYA,
KITA
JUGA SAMA SEPERTI MEREKA,
MENUMPANG
SEMENTARA DI BUMI TUHAN YANG ESA,
AKU RASA
MERDEKA,
KAMU
SEMUA PEWARIS NEGARA SEPERTI AKU JUGA,
TIDAKAH
KAMU JUGA PUNYA RASA YANG SAMA,
MASIH
LENA KAH KERANA NYAMANYA UDARA,
TIADA
BAU MAYAT DAN ULAT,
TIDAK
SEDAR PENJAJAH SUDAH MULA MENYELINAP,
KERANA
KAU RASA SELESA,
PUNYA
NEGARA YANG DIRASA MAJU DAN
BERDAULAT,
TAPI
SAMPAI BILA?
AKU RASA MERDEKA,
AYUH RAKAN, SEDARLAH MERDEKA INI MILIK KITA,
USAH KITA MENDABIK DADA,
KERANA BILA-BILA MASA SAHAJA KITA KEMBALI
DIJAJAH,
KEMBALI DIRATAH MENTAH-MENTAH,
JIWA ROHANI PEMIKIRAN SUDAH MERUBAH, SUDAH
MULA DIJAJAH,
SELAGI PUNYA HATI YANG TERLEKAT DINYAWA,
HAYATILAH INDAHNYA MERDEKA, INDAHNYA
DUNIA
YANG TIDAK PUNYA SENGKETA SESAMA MANUSIA,
KERANA DUNIA INI MILIK BERSAMA,
PINJAMAN DARI YANG MAHA ESA.