CABARAN

29 March 2015  at 6:32 PM
Dunia semakin mencabar,
Tekak kering senyum bertukar,
Hujan panas bumbung dipagar,
Resah mak kamsah hati berdebar,
Gudah pak jalal lopak dilangar,
Keluh kak roziah tak siapa dengar,


Bebel abang amat baju dilempar,
Jamil ke pekan kalung digadai,
Syima temenung beras terhambur,
Adik menagis air sirap dicapai,
Tapi mereka tabah redha dan sabar,
Terus gigih berusaha walau tumit makin menebal,


Datok zatiman ketawa mengilai,
Datin merlinda berjalan berlian dibuai,
Tan sri raitap berkapal jam mewah ditangan,
Puan sri faitiip tersenyum duduk bersandar,
Mereka juga turut gigih berusaha tanpa sedar,
Hujan tak kena poket makin menebal,
Tidak salah jika mampu berbelanja besar,


Namun Alangkah indahnya dunia jika sering berkongsi bertukar,
(Bukan nama sebenar)
-semoga esok ada -

No comments: