Sajak Rindu

19 February 2014  at 7:28 AM
Senyap,

Bilik menggelap mata membulat,
Hati teringat senyuman memekat,
Suara terdengar jantung berderap,
Sepi memancar di hujung tersemat,
Tangan membelai tetapi terikat,
Bibir berbisik rindu mendekat,
Jiwa mendengar berbunyi hebat,
Jantung bedegup berbunyi senyap,
Di hujung mata ia memikat,
Di dalam jantung ia melekat,
Lalu terpancar sinaran rahmat,
Indahnya cinta rindu teramat,
Anugerah tuhan mencinta umat,
Setiap inci sepantas saat,

Tiada terpisah sentiasa mendekat...

No comments: