siapa tahu?

08 February 2013  at 6:19 AM
siapa tahu?
kaki berdarah menapak di bumi....
puncaknya sudah kelihatan..
namun jalanya semakin berliku........
ke kanan ku kosong..
ke kiri ku buntu..
hari-hari yang berlalu..
meninggalkan pelbagai kenangan..
kenangan yang sukar dilupakan..
mimpi persahabatan,pengalaman yang tak akan dilupakan..
lebih manis kiranya puncak itu berjaya ditakluki..
bersama-sama sahabat di sisi.

Siapa tahu??
kaki berdarah menapak di bumi..
jalanya sudah ditemui..
namun jaraknya masih jauh.....
puncaknya belum kelihatan..
kekadang langkahnya deras..
kekadang longlai..
kekadang langkahnya terus kaku..
kekadang dipukul ombak..
kekadang ditiup angin..
kekadang dilanda taufan..
namun
kaki ini harus terus melangkah..
untuk tiba ke destinasi..

siapa tahu?
kaki berdarah menapak di atas bumi.
jalan nya masih jauh..
walaupun jenuh, pastikan kita kukuh.....
meskipun destinasinya tidak sama..
genggaman itu membuktikan segalanya..
suatu hari nanti segalanya pasti akan terbukti jua..
mimpi ke puncak akan menjelma..
puncak yang sukar, namun tak mustahil untuk digapai...........

No comments: