CUTI-CUTI 1 HARI

06 November 2010  at 5:34 PM
SEMPENA MENGAMBIL KESEMPATAN CUTI DEPARAYA NI AKU AND MY FAMILY SEMPATLA MELUANGKAN MASA BERMANDI MANDA DI KUALA WOH TAPAH, PERAK..





Terletak 13 km dari Pekan Tapah, Hutan Rekreasi Kuala Woh mudah dikunjungi dengan adanya kemudahan jalanraya yang sempurna. Ia merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan bagi sesiapa yang gemar menikmati keindahan flora dan fauna hutan tropika. Hutan Rekreasi ini menyediakan denai-denai penerokaan hutan yang lengkap, lantas menawarkan perjalanan dan pengembaraan hutan yang menarik, ditambah pula dengan keseronokan untuk melihat kupu-kupu spesis "Rajah Brooks" di dalam habitat semulajadi mereka. 

Hutan Rekreasi Kuala Woh juga menyediakan kawasan perkelahan kolam air panas semulajadi di Lubok Merbau.Selain itu, jambatan gantung sepanjang 30 meter yang merentasi Sungai Batang Padang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan yang menarik daripada bahagian atas jambatan menjadi satu daya penarik yang unik bagi hutan rekreasi ini. 

No comments: