maklumat latihan mengajar

28 October 2010  at 2:38 AM
Bermula 7/2/2011 pelajar2 sem 7 UPSI ambilan 07/08 bakal menjalankan latihan mengajar. dimana bakal guru akan memulakan tugas sebagai pendidik di sekolah2 yang telah dipilih. semoga berjaya kepada semua yang bakal menjalankan LM...

Matlamat

  • Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenar. Program ini memberi peluang kepada guru pelatih mendekati dan mempelajari situasi sebenar pengajaran dan pembelajaran sebelum menjadi seorang guru permulaan di sekolah.
  • Program Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperolehi sepanjang belajar di UPSI dan merupakan sebahagian daripada syarat bergraduat. Bagi menentukan praktikum berjalan dengan teratur dan berkesan maka suatu mekanisma yang bersistematik lagi berkesan diatur untuk pihak pentadbiran praktikum, penyelia, guru pembimbing dan pentadbir sekolah bekerjasama dalam bentuk kesefahaman yang pintar.
  • Program Praktikum menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI bagi membolehkan guru pelatih menjadi insan guru yang berkualiti, berpengetahuan luas dan berketrampilan dengan mengamalkan prinsip-prinsip keguruan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu:
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara, menjalin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.
Objektif
Program Praktikum UPSI bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih untuk:
    • mengamalkan kemahiran dalam merancang persediaan mengajar dan melaksanakan pengajaran;
    • mempraktik pelbagai pendekatan, kaedah, strategik dan teknik pengajaran dan pembelajaran;
    • memajukan pembelajaran guru pelatih dengan menyepadukan teori dan amali dalam situasi sebenar;
    • mengalami suasana interaksi dengan anggota-anggota lain dalam komuniti khususnya di sekolah;
    • membina kecekapan, sikap, personaliti, keyakinan diri serta meningkatkan daya tahan dalam mengamalkan nilai-nilai profesional keguruan;
    • meningkatkan penilaian kendiri sebagai budaya kerja dalam profesion keguruan;
    • mengaplikasikan kemahiran merancang dan menjalankan kegiatan ko kurikulum untuk murid-murid;
    • menambahkan pengalaman dan kecekapan untuk diterapkan di dalam bilik darjah.

No comments: