Sewaktu zaman kanak-kanak kita gembira,
tidak langsung memikirkan masalah, tiada memikirkan mahu bayar bil air, bil
elektrik, ansuran kereta, itu ini. Kita hanya tahu bermain dengan kawan-kawan. “Ali
jom main layang-layang” jerit Omar. Mimi bermain masak-masak bersama
kawan-kawanya. Dolah melastik burung. Danish duduk di rumah saja, semalam
ayahnya membelikan PS2. Seronok main game sampai ke senja. Bila difikirkan
alangkah indahnya jika dapat kembali ke waktu itu. Tapi sebenarnya lagi indah
bila kita semua terus membesar dan melihat dunia. Zaman berubah mengikut
peredaran waktu. Zaman kanak-kanak sekarang mungkin berbeza dengan kita dahulu,
sudah jarang kita melihat kanak-kanak bermain guli, berlari-lari bermain aci
ligan, main sorok-sorok, main layang-layang di bendang, seronok mandi di sungai
dan macam-macam lagi. Perkembangan semasa merubah segala-galanya.
Seronoknya zaman
kanak-kanak kita,
Tiada duka semuanya suka
dan gembira,
Memandang dunia semuanya
macam mainan sahaja,
Parit menjadi kolam mandi-manda,
Lopak kotor jadi tempat
berlumba,
Tanah jadi tempat baring
selamba,
Tidak kenal erti bahaya,
Berkejar-kejar menyorok
di tepi perigi buta,
Jatuh tersungkur
menangis sekejab saja,
Kembali bermain seperti
biasa,
Katak ditangkap dikurung
disiksa,
Kucing dipeluk sekuat
tenaga,
Habis bedak disapu kemuka,
Minyak naik harga peduli
apa,
Ekonomi merosot jangan
cerita,
Duit seratus pun
dikoyaknya saja,
Inikan pula hal isu
semasa,
Tiada duka semuanya suka,
No comments:
Post a Comment